TOKOH TOKOH DALAM BIDANG PERUBATAN
Sunday, 24 August 2014 | 19:51 | 0 comments
Sejarah perkembangan dalam ilmu perubatan Islam dan tokoh tokohnya :
PADA ZAMAN PENTERJEMAHAN
Jabir Ibnu Hayyan (721-766M)
- Anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M.
- Terkenal dengan nama "Geber" di Eropah, tinggal di kufah Baghdad.
- Pengaruh terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah & Asia Kecil hingga abad ke 14.
- Karangkan 100 buah buku tapi hanya terdapat 22 sahaja buah karya bukunya di Eropah .
- pakar dalam cara penyediaan ubat dan digunakan sampai masa kini .
Antaranya karyanya :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)
- Penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal .
- Dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq).
- Sebagai doktor di istana yang dilantik oleh Khalifah al-Mutawakil & Pengarah institut al-hikmah yang dilantik oleh Khalifah al-Ma’mun .
Sumbangan beliau :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thabit Ibn Qurra(838-901M)
- Sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan.
- Terjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab.
- Beliau merupakan pelopor pusat penterjemahan & beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen.
- Susun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu
Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)
- Terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi.
- Anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M).
- Dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim selepas berhijrah ke bahgdad & menerima pendidikan di Basrah .
- Telah tulis lebih daripada 265 jilid buku .
- Karyanya telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M) .
- Antaranya : i) The Books of Optics yang telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah .
- Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PADA ZAMAN KEGEMILANGAN
- Perkembangan ilmu perubatan telah pesat , dan semakin banyak tokoh yang telah mempelajari ilmu dalam bidang perubatan pada zaman ini . Antaranya :
IBNU SINA ( Avicenna )
- Seorang tokoh yang masyur paadaa abad ke-10M , berasal dari Parsi .
- Mahir dalam pelbagai bidang dan ilmu . Antaranya ialah mengenai falsafah- falsafah dan perubatan.
- Dianggap sebagai bapa kedoktoran sebab telah satu padukan ilmu perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen .
Sumbangan utama beliau terhadap
dunia perubatan ialah :
- Karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain .
- Buku beliau di bahagikan 5 buah buku iaitu :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Al Razi
·
Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi
·
Terkenal dengan panggilan al-Razi dan
lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang Barat.
·
Beliau berasal daripada Parsi .
·
Guru kepada Ibn . Sina
·
Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai
berdekatan dengan Bandar Teheran.
·
Meninggal dunia pada tahun 925M
(312Hijrah) di tempat yang sama .
·
Mendapat pendidikan awal di Baghdad yang
menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah
·
Beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran,
fekah, ilmu tauhid, bahasa Arab dan hadis.
·
Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam
menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam
malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia.
·
Al-Razi bertugas sebagai pegawai perubatan
& menjadi pengarah di sebuah hospital di Rays, Baghdad dan Parsi .
·
Menjadi pengasas perubatan psilosomatik
dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi.
- Beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan.
Kaedah dalam ilmu farmasi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abul Qasim Khalaf Ibn Abbas al—Zahrawi (936-1013M)
- Tokoh pembedahan yang handal dan masyur di Eropah ,dan dikenali sebagai Abulcasis.
- Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M.
- Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist.
- Setelah buku itu ditiru berulang kali . Al-Tasrif tetap menjadi sumbangan utama al-Zahrawi
- Buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka.
- Beliau diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat.
Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi
3 perkara penting :
- Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.
- Al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi .
- Ia juga bincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
- Beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat .
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi
- Dikenali sebagai Isaac Judaeus
- Dilahirkan di Qairawan,Mesir
- Berpengetahuan luas dalam bidang perubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan astronomi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PADA ZAMAN KEMEROSOTAN
Zaman ini, Eropah mula menyerang
kerajaan Islam iaitu bermula pada 1096M. Keadaan ini menyebabkan kemajuan
sains terjejas dan keadaan politik yang tidak stabil. Walaupun keadaan kacau
bilau , namun masih terdapat tokoh-tokoh perubatan islam pada masa itu.Antaranya
ialah :
Ibn Zuhr
- Dikenali sebagai Avenzoar dan juga dipanggil Abu Meron.
- Merupakan ahli falsafah dan perubatan.
- Beliau adalah kawan karib kepada Ibnu Rusyd(Averroes).
- Hasil karya yang utama beliau ialah al taysirfi al-Murawahwa al-tadbir (facilitation of treatment)
- Beliau telah menulis mengenai scabies, perikarditis, penyakit telinga tengah, pengeluaran batu karang dan trakeotomi.
- Beliau juga menulis mengenai sarap tiruan melalui mulut atau anus & kepentingan teknik ini dalam perubatan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibnu Rusyd
- Terkenal di Eropah dengan nama Averroes .
- Abu al-Walid Muhamad Ibnu Ahmad,
- Dilahirkan di Cordova dan tinggal di Sepanyol.
- Beliau hanya mengetahui dalam bahasa Arab dan kesemua sumber bacaan dan karya beliau dibuat dalam bahasa Arab.
- Beliau adalah tokoh falsafah dan perubatan yang bertugas sebagai guru, doktor istana, penasihat politik dan hakim.
- telah menulis sebuah kitab al kuliah (general rules on Medicine) yang mengandungi 16 jilid. Buku ini dianggap tinggi mutunya dan dicetak beberapa kali .
- Seorang pengarang yang produktif.
- Beliau mula mengarang dalam usia 36 tahun, .
- Dalam masa hampir 40 tahun beliau menghasilkan karangan yang terdiri dari 10000 lembar, menyentuh tentang falsafah, sains dan perubatan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibnu Quff
- Beliau dilahirkan di Bandar al Karak, Jordan
- Nama sebenar beliau ialah Amin al-Dawlah Abu Al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishak Ibnu al-Quff al-Mariki al-Karaki.
- Seorang pakar bedah dan mengamalkannya di Ajlun dan di Damsyik.
- Buku panduan mengenai surgery hasil karya Ibnu al-Quffialah al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah (The Authority of Surgery) buku yang komprehensif dan mengandungi 20 fasal kesemuanya.
- Tekankan kepentingan anatomi dalam pembedahan, dan membicarakan tentang teknik-teknik pembedahan, alat yang hendak diguna, dan atucara pembedahan dengan jelas dan terperinci .
ULASAN ; Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang banyak dalam bidang perubatan. Tokoh-tokoh perubatan Islam dan hasil karya mereka berpengaruh serta menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh dunia .
Nama : Anis Sakina Binti Mohd Fazil
No. Kad Matrik : 19DPM13F1081