A

Its All About Islam




Kejayaan umat Islam dalam bidang perubatan
Tuesday, 23 September 2014 | 04:59 | 0 comments



Kejayaan umat Islam dalam bidang perubatan

Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad           s.a.w lalu berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan             Islam.

Kategori perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" .

Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan                 ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting               dalam    sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar         Islam pada  abad ke 8M –11M )

Ramai tokoh dan doktor  telah dilahirkan di zaman islam  dan         pelbagai kejayaan yang telah umat islam capai dalam bidang           perubatan  , antaranya ialah :

  1.         Bidang Pembedahan .

  1. Sumbangan yang penting  yang diberikan oleh tokoh dan doktor Islam dalam ilmu perubatan adalah dalam bidang pembedahan.

  1. Pada abad ke-11M, mereka telah tahu:   

Bagaimana untuk memulihkan selaput mata (bular) dengan cara       mengeluarkan atau menarik keluar lensa mata .

Kenal kenis darah .

Mengenal penggunaan kaustik .

Mengetahui cara mengguna benang.

Mengetahui pembakaran tisu dalam badan .

Mengenai litoriti  iaitu suatu proses untuk menghancurkan batu       karang dalam pundi kencing kepada bahan kecil supaya senang       dikeluarkan melalui saluran kencing (uritera) .


- Para tokoh dan doktor perubatan juga telah menjumpai suatu perkara yang dianggap sebagai pertemuan baharu dalam ilmu perubatan , ia dikenali sebagai anaesthesia . Sebelum pembedahan , mereka akan memberi sejenis “dadah” dan pada masa kini ia dikenali sebagai ubat bius . mereka akan memberi ubat itu yang diperbuat daripada pokok bernama Darnei , hingga pesakit itu pengsan dan tidak menyedarkan diri . 

- Antara tokoh yang termasyhur pada zaman ketamadunan itu ialah Abdul Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi yang juga dikenali sebagai Abdul Cassis . Beliau juga mempunyai karya yang bernama Kitab al-Tasrif yang bermaksud Buku Penganugerahan . ia merupakan sebuah ensiklopedia perubatan dan telah dijadikan panduan bagi doktor pembedahan sepanjang abad . Beliau telah memberi penjelasan secara tersusun dan dilengkapi dengan gambar rajah alatan alatan yang digunakan  dalam bidang perubatan Islam .


     2.   Bangunan Hospital


Pada zaman perkembangan ilmu di Negara islam , terdapat banyak banggunan hospital telah dibina .umat islam telah membina bentuk hospital mereka sendiri tetapi pihak parsi dan barat telah meniru bentuk hospital yang telah dibuat oleh umat Islam . hal ini dibuktikan dari 34 buah tesis tentang pendirian hospital oleh orang Islam . Hospital pertama didirikan di Cairo oleh Ibn Tulun .




Sebahagian besar pengajaran ilmu perubatan dilakukan di hospital , walaubagaimanapun aspek teori terus diajar di masjid dan di madrasah . dari segi praktikal nya , ilmu perubatan akan diajarkan di hospital yang mempunyai perpustakaan dan juga sekolah yang mempunyai bahagian khusu dalam ilmu perubatan .

 selalunya ,hospital terbahagi kepada tiga bahagian :


  Satu bahagian untuk lelaki .
  Satu bahagian untuk perempuan .
  Satu bahagian untuk pesakit jiwa dan gila .


Tiap tiap bahagian tersebut mempunyai jururawat dan pembantu rumusan ubat yang berasingan. 













Nama :Nurul Nur Hafiza Binti Abd Wahid
No. Kad Matrik :19DPM13F1077

Older Post | Newer Post