A

Its All About Islam




SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PERUBATAN
Saturday, 6 September 2014 | 12:16 | 0 comments



SUMBANGAN  TAMADUN ISLAM DALAM PERUBATAN

Tidak di nafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan . Kejayaan mereka dalam meneroka ilmu perubatan banyak mendatangkan manfaat pada dunia hari ini . Antaranya penyakit mata yang telah dikaji oleh masyarakat Arab serta mereka juga telah menemukan cara untuk merawat penyakit ini . ‘GLAUKOMA’ merupakan satu keadaan di mana peningkatan tekanan dalam bebola mata yang dikaji dengan lebih mendalam oleh orang Arab .



Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi , farmakologi , framakognosi( bahan-bahan alam yang digunakan sebagai ubat) masih ketara hingga kini . Media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara , India , Pakistan , Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia Dalam bidang kimia ubat , tokoh –tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya ‘’pemehatian , kawalan percubaan , dan penyimpanan rekod’’.


Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai aptekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan farmasi melalui undang- undang pemeriksaan . Formulasi farmasi terkawal yang diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat .





Pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh Tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk serbuk , minyak , pil tablet ,rebusan , sirap dan lain-lain . Selain cara-cara membuat ubat , umat Islam juga amat teliti dalam membuat pengawalan mutu ke atas hasil-hasilnya . Seorang pegawai khas dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu .





Ulasan :




Nama : Nur Fadzillah Binti Hassan
No.Kad Matrik : 19DPM13F1083






Older Post | Newer Post