A

Its All About Islam




PENGENALAN ILMU PERUBATAN
Sunday, 17 August 2014 | 06:45 | 0 comments






Sebelum kedatangan ilmu perubatan Muslim, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai dipraktikkan di Eropah.Ahli seoden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Muslim.Di Eropah dari abad ke-14 hingga ke-17. Sebelum kedatangan islam , orang-orang arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri.Selepas kedatangan islam , didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan islam seperti Al-Razi , Ibn Sina dan Ali Ibnu Abbas. Pada mulanya ilmu ini diambil dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiaanya dimajukan sejajar dengan perkembangan tamadun islam. Banyak illmu perubatan umat islam telah ditimba daripada sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian atau Yunani, India dan Mesir. Namun selepas empayar islam yang gemilang mulai lesap , banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India , sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan 'Ayurveda' dan sistem perubatan barat moden.


Islam adalah cara hidup yang bersifat syumul dan bukannya fahaman agama yang sempit sentiasa menyarankan umatnya membina kehidupan yang sejahtera, selesa dan sihat selain daripada menyediakan asas, falsafah dan hukum yang berkaitan dengan kesihatan, penjagaan kesihatan dan pemakanan.Penulisan ini akan memfokuskan tentang pencapaian cemerlang dan sumbangan umat Islam dalam bidang perubatan membabitkan sekurang-kurangnya beberapa orang tokoh mengikut peringkat  zaman . Mereka bukan sahaja menyumbang kepada umat Islam tetapi menjangkau seluruh warga sejagat terutamanya masyarakat Barat. Banyak ilmu perubatan umat islam telah ditimba aripada sumber asing khasnya dari Parsi , Kristian atau Yunani, India dan Mesir. Oleh itu ilmu perubatan Muslim lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani , tradisi Hippokratesdan Galen serta pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berpengalaman khususnya dalam bidang farmakologi .













\\



Nama : Nurul Fazira Binti Aminudin
No Pendaftaran : 19DPM13F1087

| Newer Post